WELCOME DUDE :D

Thank You For ViewIng My BlOg.! :s


Ahad, 22 Januari 2012

Mimpi dan Angan-angan bakal menjadi realiti !

Einstein mengatakan bahwa:
 “Ada dua cara menjalani hidup, 
iaitu menjalaninya dengan keajaiban-keajaiban atau menjalaninya dengan biasa-biasa sahaja“.
Sekarang ini banyak slogan yang dikeluarkan oleh banyak orang yang topiknya seolah membius kita: “Stop Dreaming Start Action“. 
 Saya mengatakan bahawa slogan itu sepenuhnya tidak benar.


Mengapa? 
 Cuba kita bayangkan, 
segala sesuatu yang anda jalani kala ini adalah 
tidak lepas dari ‘dream’ atau mimpi anda entah beberapa tahun yang lalu kan?
Sejarah pesawat terbang yang menjadi pengangkutan " favourite" atau kegemaran saat ini mulanya dari sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Thomas Alfa Edison juga menemukan bolam lampu dari mimpi besar dia untuk menerangi dunia.
Jadi totally kita semua harus tetap memupuk mimpi-mimpi besar kita untuk membuat perubahan yang membantu mewujudkan dunia yang lebih maju dan bermanfaat bagi orang ramai.


Jadi dua cara untuk menjalani kehidupan ini dan keduanya benar.
1. Dengan penuh keajaiban kerana kita menyerahkan totally kepada Kuasa Tuhan Yang Maha Kuasa, dan
2. Dengan biasa-biasa saja, kerana yaaa… 
memang beginilah kehidupan ini.
Dan semua orang jika ditanya, 
mereka justeru akan memilih nombor 1, 
karena secara fitrah (suci) kita semua adalah ciptaan-ciptaan Tuhan Yang Maha Esa 
untuk selalu dekat dengan-Nya.


Jadi, 
mari kita jalani kehidupan ini dengan penuh ajaib
dengan selalu bersyukur setiap apa yang kita dapatkan.
Berjuang dan bersemangat tanpa mengenal jemu 
untuk hidup dunia dan akhirat.!

~diarykisahhati~

Tiada ulasan:

Pengikut